Isnin, 27 Februari 2012

Makanan Tambahan


 99.97% ekstrak buah delima dan 0.03% Vitamin C
Diminum 30ml setiap hari seeloknya pada waktu pagi
Kanak-kanak digalakkan minum 15ml sehari untuk kecergasan dan kecerdasan minda
Mesti disimpan di dalam peti sejuk setelah dibuka
KEISTIMEWAAN DELIMA

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiat yang terdapat dalam buku perubatan Iran purba adalah:
Melancarkan dan menstabilkan peredaran/perjalanan darah
Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada normal
Membersihkan hati dan urethra
Memperkuatkan sistem penghadaman
Membuang lemak-lemak berlebihan
Meningkatkan tenaga
Mencegah ‘morning sickness’
Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
Mencantikkan dan mencerahkan kulit
Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
Boleh meghilangkan kahak
Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

Kajian perubatan moden mendapati delima mempunyai khasiat lain seperti berikut:
Mengandungi anti-oksidan yang tinggi
Mengurangkan pengumpulan lemak dan kolestrol pada dinding pembuluh darah, mengelakkan salur darah daripada tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.
Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit darah tinggi jika diambil sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
Menghalang pembentukan sel barah payudara.